Wednesday, June 24, 2009

talent


Magic Dream Media Sdn Bhd sedang mencari talent KANAK-KANAK untuk projek iklan terbaru kami...berminat?hubungi sy di FB...muka kanak-kanak tersebut mesti lebih kurang atau sama dengan muka seperti di atas ini...tq

Wednesday, June 17, 2009

1Malaysia

ideologi 1Malaysia adalah dibawakan oleh perdana menteri Malaysia yang keenam...pendekatan ini dipilih bersesuaian dengan jati dirinya sebagai seorang pemimpin dan menjadi batch mark pemerintahannya. Mengutamakan perpaduan rakyat Malaysia yang pelbagai lapisan usia dan bangsa yang telah menduduki Malaysia sejak berkurun lama. Cina, Melayu dan India adalah kelompok yang besar yang mengisi sekurang-kurangnya 90% keseluruhan rakyat Malaysia kini membuatkan cabaran kepada Dato Sri Najib Tun Razak bagi memastikan keamanan, dan oleh itu ideologi 1Malaysia dipilih. Disamping perihal perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, Dato Sri Najib juga memilih untuk memberikan perhatiannya dan kepimpinannya terhadap golongan miskin atau bawahan yang masih wujud di Malaysia kini. Di tahun 2009 ini, PM membayangkan bahawa golongan miskin ini tidak wajar wujud kerana Malaysia kini menuju ke arah negara maju di samping negara-negara lain seperti Singapura, England dan Jerman (sekadar menyebut beberapa nama). Oleh yang demikian, penekann yang besar diberikan oleh PM kepada golongan miskin.

Pendekatan 1Malaysia adalah satu pendekatan yang murni dalam membawa Malaysia ke arah yang dipandang tinggi oleh negara lain. Dan sebagai rakyat (bukan student ipta), aku mengharapkan agar ideologi ini akan disokong oleh rakyat dan pemimpin pemerintah sendiri. Aku tidak mahulah mendengar bahawa masih wujud golongan tertentu yang mengaut keuntungan atas kepentingan dan jawatan yang mereka punyai di dalam kerajaan mahupun parti pemerintah...bukan aku kisah sangat kerana mereka kaya, namun berikanlah jua kekayaan itu kepada rakyat jelata yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan mahupun parti ini. kerna kami jua perlukan sedikit kemewahan ataupun sekurang-kurangnya kesenangan sedikit. Ini adalah kerana islam sendiri tidak menghalang umatnya mengecapi kesenangan dalam hidup mereka bukan.

Dan kepada mereka yang berjawatan dan berkepentingan itu, ingatlah golongan bawahan yang berada di mana-mana pelusuk negara ini, tidak kiralah ada di Kelantan, Kedah dan Selangor mahupun nun jauh di Sabah sana.

Jika anda ada jawatan dan kuasa, anda janganlah mengambil teori `5 atau 10 atau berapa pun persen atas kepentingan atau projek kerajaan. Mungkin ini adalah cabang dalam rasuah, ini adalah kerana (bg pendapat aku) pihak swasta sudah menetapkan kadar keuntungan yang ingin mereka kecapi dalam perniagaan. dan jika sudah hilang 5, 10 atau lebih persen dari keuntungan ini maka rakyat juga yang akan mendapat kesannya. Mulanya mereka mengurangkan kadar simen dalam pembinaan, dan terjadilah bangunan runtuh dan sebagainya. Aku rasa jika anda berada di atas dengan jawatan yang memerlukan anda tidak perlu memandu jika ingin ke mana-mana, rumah disediakan jua makanan. Maka ia sudah mencukupi bukan. Anda masih tidak perlu membeli makanan, membayar duit rumah (tidak seperti golongan bawahan dan miskin di Malaysia) so, harap aku sebagai rakyat, tidak perlulah anda mengambil komisyen dan sebagainya. Biarlah integrasi di Malaysia mencapai ke tahap yang boleh dibanggakan.

Sokonganlah 1Malaysia, hayati dan buatlah seperti mana 1Malaysia adalah. OK?

dunia.rempah.rencah.anuar

idup seperti sebuah rempah dlm masakan... memerlukan suka dan duka, tawa dan riang, senyum, tawa, duka dan kesengsaraan...walaupun begitu idup mesti diteruskan, walaupun penuh dengan kesengsaraan dan duka, sedih dan kekalahan...kerna idup itu djanjikan kedukaan dan permasalahan pada adangkalanya, dan permasalahan itu untuk diselesaikan bukan untuk dielakkan...