Monday, August 16, 2010

penantian suatu penyeksaan

penantian sememangnya suatu penyeksaan. penyeksaan kerana menanti sesuatu yang pasti belum lagi pasti. dan penantian juga sememangnya melibatkan kos masa yang amat berharga dalam kehidupan seseorang.

masa pula diibaratkan sebagai mata pedang yang amat tajam. andai kita tidak menggunakannya untuk memotong, pastinya ia akan memotong kepala kita pula. kekadang, penantian membuatkan kita stuck dalam melakukan kerja-kerja yang lain. ia melibatkan pilihan dan kos lepas. sama asasnya dalam ekonomi. terpaksa menanti dan mungkin tidak berbuat apa-apa sewaktu menanti sesuatu yang dinantikan itu.

kita terpaksa menanti kekadang kerana kita bukanlah golongan decision maker, andai kita decision maker kadang-kadang pun kita terpaksa menanti sebelum membuat keputusan yang amat diperlukan oleh golongan yang menanti dan terseksa ini. hidup kadang-kadang rumit. namun itulah hidup. memerlukan keputusan dari orang lain ataupun green light dari yang Maha Esa.

seenaknya, kita perlu berfikir cara apa yang akan membuatkan waktu sewaktu menanti ini menjadi indah dan bermakna. berbuatlah apa-apa yang dirasakan `berbaloi-baloi`. kita yang tentukan, sama ada membuatkan ia sememangnya penyeksaan ataupun keindahan. anda yang menentukan hidup dengan cara berusaha dan bukan hanya menanti dengan sabar.

salam menanti :)

anuar ms al haj