Tuesday, October 1, 2013

kembali ke sini dan akan terus di sini. menulis dan berkarya

inilah akibatnya jika terlalu banyak blog dan gagal mengingati pasword! hahha padan muka ko anuar. tapi mungkin aku dibawa untuk kembali ke blog ni. blog pertama dan paling aku sayang. atas sebab namanya. caritenang, nama nik (nickname hahahaha)yang aku dapat semasa di UiTM dulu. budak Ijazah Sarjana Musa Penulisan Artistik UiTM kan. budak kreatif (sikit lahh :p ) kena lah ada nama yg artistik jugekkk. tapi sayang, my soul bukan di dunia apa yang aku belajar. seorang pemegang ijazah sarjana muda yang sepatutnya menjadi tulang belakang kepada industri perfileman negara namun kini gigih membanting tulang mengangkat cangkul dan parang untuk menjalankan aktiviti pertanian. mungkin sudah mengikut darah abah ku. seorang anak jawa yang hidupnya banyak dihabiskan dengan aktiviti tanah dan pertanian. namun aku tak sangat mengikuti jejak langkah abah. mungkin sebab aku tak berpengalaman macam abah. menjebakkan diri dalam tanaman tebu kini passion aku. kini aku dikenali siswa tani dan insyaAllah akan meniaga tebu. sehinggakan aku sudah mendaftarkan syarikat atas nama SiswaTani-Niaga Trading. aku juga ada membuka akaun Fan Page berkaitan tebu di FB https://www.facebook.com/tebuorganikstn . mohon kalian like page tu, imarahkan perjuangan aku ini. thanks :) tebu adalah sejenis tanaman yang mengeluarkan cecair berwarna hijau daun pisang hingga kekecoklatan. bergantung pada jenis tebu, tanah yang digunakan untuk menanam dan berapa lama tebu itu ditanam. sangat baik untuk menyegarkan tekak di kala kehausan. makin haus anda makin sedap air tebu itu. namun, aku ada mendapat sedikit pengetahuan dengan air tebu. dan itu akan menjadi bahan atau produk syarikat di masa doakan (katakan AMIN) kini aku mengorak langkah untuk bercita-cita menjadi seorang leader dalam industri perusahaan dan pasaran tebu. baru tadi aku menghubungi cikgu daeng, beliau seolah merestui aku untuk bersama-sama dengan beliau untuk merancakkan perusahaan ini. doakan dan nantikan projek terbaru kami. mudahan projek ini akan memberikan manfaat kepada semua. penanam dan penjual tebu di malaysia amnya. anuar sugarcane_tebu 0136024975