Monday, September 28, 2009

one for all and four in one..a

seronok rasanya dapat membaca buku yang diberikan rakan sebelum raya hari tu...buku yang bertajuk `Nota Hari Seorang Lelaki` oleh Pahrol Mohd. Juoi memang menyentuh akal fikiran dan membentak diri untuk berubah...kata2 seorang penulis yang sudah dewasa dan kaya pengalaman sangat releven untuk dibaca oleh semua orang, khususnya lelaki dan wanita yang ingin faham akan lelaki...

antara kata2 yang banyak menarik perhatian aku adalah one for all dan four in one...perumpaan ini adalah lebih menjerumus kepada pasangan yang ingin menjalani kehidupan alam berumah tangga...one for all adalah untuk lelaki, kata2 ini yang saya fahami adalah mengajak lelaki agar mencari dan menyediakan diri untuk berumah tangga...menjadi SEORANG lelaki yang SEGALAnya bagi seorang wanita (isteri)~yelah, wanita kan hanya berkahwin dengan seorang lelaki sahaja, melainkan berlaku penceraian dan perkahwinan semula~ namun begitu, penulis banyak membuatkan aku berfikir, bagaimana proses menjadi one for all?oleh yang demikian, aku dapati, proses itu bermula sejak awal lagi...dari sebelum kita dibuat lagi (oleh ibu dan bapa) hinggalah kita berada di alam perkahwinan...SEORANG lelaki yang SEGALAnya bagi wanita adalah bermaksud kita menjadi yang terbaik bagi isteri (dan mgkn isteri2) kita...terbaik dari segi akhlaknya, agama, kerjaya, perlakuan dan sebagainya...sesungguhnya dalam usaha menjadi SEORANG lelaki yang SEGALAnya bagi wanita memerlukan persediaan dan usaha yang berlipat kali ganda oleh kaum lelaki (khususnya diri aku yang secara jujurnya ingin berkahwin ini).

manakala four in one adalah sama makna dalam fahaman aku semasa membaca buku ini dengan pengertian istilah one for all. aku yakin, ramai lelaki di luar sana mengimpikan isteri yang satu. tapi aku tidak pasti kriteria pemilihan isteri bagi mereka, adalah sebab kecantikan, kemewahan, kerjaya atau sebagainya...dan aku rasa rugilah mereka jika mencari tanpa memikirkan istilah for in one ini...