Thursday, June 9, 2011

tabung haji

Pada 3 tahun lepas, abah ada memberikan aku sejumlah wang untuk melayakkan aku untuk mendaftar haji. Tapi malang, mungkin atas ketidaksedaran aku, atau mungkin kelalaian, aku tidak melakukan seperti mana abah kehendaki. Dan duit yang diberikan abah telah digunakan dengan benda yang aku sendiri tidak pasti, sama ada ke atas keperluan pengajian aku di UiTM atau ke benda lain yang bersifat lagho. Namun,tangkal 30 Mei lepas baharu aku berjaya memenuhi keinginan abahku dan seterusnya menghampiri rukun islam yang terakhir, iaitu menunaikan haji bagi yang berkemampuan. (walaupun kini mungkin terlalu ramai yang tak mahu berbanding tak mampu!-mungkin termasuk aku)
Alhamdulillah, aku berjaya membayarnya dengan menggunakan duit aku sendiri walaupun pada hari aku mendaftar haji itu aku pergi bersama abah yang juga ingin menambah simpanan akaun tabung hajinya, kerana berhasrat untuk pergi ke sana buat kali kedua.

Itu adalah peristiwa yang bersifat Alhamdulillah, peristiwa yang bersifat Nauzubillah adalah jikalau aku mendaftar haji pada tiga tahun lepas, jangkaan tahun aku menunaikan haji adalah tahun 2017. Dan kini, untuk pendaftaran pada 30 Mei lepas membuatkan giliran tahun aku adalah pada 2039!ini bermakna 28 tahun lagi dan usia aku adalah 53 tahun! Jikalau aku mendaftar pada tiga tahun lepas maka mungkin 6 tahun lagi aku akan menunaikan haji.

Perkara yang amat mengejutkan aku adalah jarak 3 tahun pendaftaran membuatkan jurang tahun jangkaan giliran menunaikan haji yang amat besar, iaitu 28 tahun. Astagfirullah. Sesunguhnya 28 tahun adalah tempoh yang amat besar.ini adalah kerana jikalau anda melahirkan seorang bayi pada hari ini, maka pada usianya yang mungkin ketika itu sudah berkahwin dan mempunyai anak 2 atau 3 barulah aku pergi ke Mekah untuk urusan tuntutan agama. Ataupun jikalau anda menanam pokok gaharu pada hari ini dan memilih 10 tahun sebagai tempoh untuk sekali tuaian maka anda akan sudah menjadi kaya raya kerana anda sudah menghampiri tuaian yang ketiga kali!
Kesal pun tak juga, sebab sudah berlaku. Usia ini ibarat pelaburan. Jikalau lambat membuat keputusan atau tersalah membuat keputusan maka besarlah impaknya kepada diri kita. Namun walaupun sudah terlambat kini, tak kan langsung tidak mahu membuatnya langsung (daftar haji). Do it now, better than nothing.