Thursday, September 8, 2011

Mat Indera

Pembangkang sekali lagi buat perangai, menyebabkan Malaysia atau rakyatnya yg tidak tahu siapa sebenarnya Mat Indera ini menjadi pening. Pembangkang melalui Mat Sabu menyatakan Mat Indera adalah wira kemerdekaan, manakala Pihak Keraajaan pula menyatakan bahawa Melayu ini adalah pengganas, asasnya kerana ia menyerang Pondok Polis Bukit Kepong pada masa dahulu.
Mat Sabu berkata atas sebab pegangan atau pengetahuan atas pembacaan manakala Kerajaan lebih berpegang kepada `hearsay` dan sejarah yang sememangnya `dikenali umum`.
sekarang, hal ini tetap dan masih digendangkan.kepada yang pernah belajar sejarah dan merasakan sejarah sangat memeningkan dan membosan, mereka pasti akan bertambah pening kerana pada hari ini sejarah `diajar pula` oleh orang politik.masing2 masih belum bertemu untuk berbincang secara akademik dan terbukti, walaupun itu adalah terbaik bukan menegakkan benang yang basah.

Thursday, August 11, 2011

kesensitifan agama

tidak ramai di malaysia yang berani utk menafikan isu agama adalah satu isu yg teramat sensitif. tetapi sebagai penganut agama, adakah kita sensitif dgn agama?atau cukupkah sensitifnya kita terhadapnya?

pemimpin eksekutif tertinggi malaysia telah mganjurkan malaysia sebagai penganut agama islam yg sederhana. tetapi sederhana bagaimana? sederhana ini boleh jadi makna `sekadarnya sahaja`. cukupkah sekadar islam seadanya sahaja.

caritenang- sekadar terfikir

Thursday, June 9, 2011

tabung haji

Pada 3 tahun lepas, abah ada memberikan aku sejumlah wang untuk melayakkan aku untuk mendaftar haji. Tapi malang, mungkin atas ketidaksedaran aku, atau mungkin kelalaian, aku tidak melakukan seperti mana abah kehendaki. Dan duit yang diberikan abah telah digunakan dengan benda yang aku sendiri tidak pasti, sama ada ke atas keperluan pengajian aku di UiTM atau ke benda lain yang bersifat lagho. Namun,tangkal 30 Mei lepas baharu aku berjaya memenuhi keinginan abahku dan seterusnya menghampiri rukun islam yang terakhir, iaitu menunaikan haji bagi yang berkemampuan. (walaupun kini mungkin terlalu ramai yang tak mahu berbanding tak mampu!-mungkin termasuk aku)
Alhamdulillah, aku berjaya membayarnya dengan menggunakan duit aku sendiri walaupun pada hari aku mendaftar haji itu aku pergi bersama abah yang juga ingin menambah simpanan akaun tabung hajinya, kerana berhasrat untuk pergi ke sana buat kali kedua.

Itu adalah peristiwa yang bersifat Alhamdulillah, peristiwa yang bersifat Nauzubillah adalah jikalau aku mendaftar haji pada tiga tahun lepas, jangkaan tahun aku menunaikan haji adalah tahun 2017. Dan kini, untuk pendaftaran pada 30 Mei lepas membuatkan giliran tahun aku adalah pada 2039!ini bermakna 28 tahun lagi dan usia aku adalah 53 tahun! Jikalau aku mendaftar pada tiga tahun lepas maka mungkin 6 tahun lagi aku akan menunaikan haji.

Perkara yang amat mengejutkan aku adalah jarak 3 tahun pendaftaran membuatkan jurang tahun jangkaan giliran menunaikan haji yang amat besar, iaitu 28 tahun. Astagfirullah. Sesunguhnya 28 tahun adalah tempoh yang amat besar.ini adalah kerana jikalau anda melahirkan seorang bayi pada hari ini, maka pada usianya yang mungkin ketika itu sudah berkahwin dan mempunyai anak 2 atau 3 barulah aku pergi ke Mekah untuk urusan tuntutan agama. Ataupun jikalau anda menanam pokok gaharu pada hari ini dan memilih 10 tahun sebagai tempoh untuk sekali tuaian maka anda akan sudah menjadi kaya raya kerana anda sudah menghampiri tuaian yang ketiga kali!
Kesal pun tak juga, sebab sudah berlaku. Usia ini ibarat pelaburan. Jikalau lambat membuat keputusan atau tersalah membuat keputusan maka besarlah impaknya kepada diri kita. Namun walaupun sudah terlambat kini, tak kan langsung tidak mahu membuatnya langsung (daftar haji). Do it now, better than nothing.

Thursday, April 21, 2011

kesal

aku kesal dgn dunia politik Malaysia kini.
serius.
sbb politik, satu malaysia bahangnya.
satu malaysia menerima kesannya.ah kesalnyaa.

tidakkah mereka sedar bahawa politik adalah keperluan bagi melayakkan kita digelar umat bertamadun.
tapi bertamadunkah kita dalam politik?

fitnah dan penipuan telah menjadi alat utk memastikan survival dalam karier politik.
terkini,video lucah menjadi permainan, untuk memastikan `kau jatuh, aku kekal`.
andai aku dibenarkan berkata kesat utk sekali.akan ku katakan DATUK T ko BABI!!!! dan DSAI-kau bangsat!!!!

tapi di sini, siapakah yg salah dan siapakah yang benar? Datuk T kah atau Anwar?
masing2 dgn hujah masing-masing.

yang yg lebih penting di sini, bukan aku kisah pertelingkahan dalam dunia politik ini
aku lebih kisahkan nasib anak-anak kecil.
anak kau dan anak-anak buah aku.

ini kerana, mereka dihidangkan pelbagai provokasi dalam media massa.
dulu masa kecilku,pabila melihat televisyen dan surat khabar,aku dihidangkan dengan rancangan Malaysia yg hebat. seperti Wawasan 2020 dan Bahasa Jiwa Bangsa. dan aku pun cuba selidik apa itu Wawasan 2020 dan Bahasa Jiwa Bangsa ini.

dan kini, anak-anak ini kini dihidangkan dengan ungkapan VIDEO LUCAH, LIWAT dan sebagainya. dan adakah mereka akan mempunyai semangat ingin tahu seperti aku dahulu?
kalau ya, respon aku `alamak!` dan kalau tidak- alhamdllah...

caritenang- tak ku tahu apa yg mahu diperkatakan lagi

Friday, December 31, 2010

integrasi

projek integrasi lembu yang diperkenalkan oleh kerajaan pada sekitar tahun 2005 adalah untuk memberikan pendapatan yang lebih kepada para penternak khususnya mereka yang juga mempunyai sebidang tanah tanaman sawit. projek integrasi ini adalah untuk memberikan keuntungan lebih kepada petani dan penternak. Antara imbuhan projek integrasi ini adalah lembu akan makan rumput yang terdapat di kawasan tanaman sawit milik para petani/ peladang (pembelian makanan untuk lembu dikurangkan) dan kawasan tersebut tidak perlu diracun dengan racun rumput yang tinggi harganya di pasaran kini. manakala pokok tanaman sawit akan mendapat habuan dengan tahi lembu akan berfungsi sebagai baja.

namun yang menjadi perkara pelik kepada aku adalah projek integrasi ini seakan-akan mendapat nafas baru apabila aku perhatikan di sekitar kawasan kampung dan kawasan berdekatan khususnya estet2, terdapat banyak lembu-lembu berkeliaran di jalan raya. adakah kerajaan ada memperkenalkan projek integrasi lembu yang baru di mana lembu akan berintegrasi dengan jalan raya? jika benar, ini perkara baru yang aku tidak ketahui. alamak! adakah win-win situation akan projek ini adalah jalan raya akan menjadi bagus dengan tidak akan berlakunya lopak-lopak atau jalan berlubang jika tahi lembu ini ada di jalan?....

pelik...

jika tidak, di mana fungsi JKKK yang ditugaskan untuk membantu kebajikan dan keselamatan kampung dan penduduk? antara fungsinya. ataupun polis- yang aku xpayah nak persoalkan. sbb polis. yelaaa. haha aku ada banyak kes dengan polis. bukan kes secara direct tapi dengan pengalaman aku dan khabaran dari orang lain. buatkan aku tidak berapa gemar dengan polis. nyampah, meluat dan benci. namun tidak pada semua anggota dan pegawai polis. hanya mereka yang gemar meminta rasuah dan mengguna jawatan mereka secara harama dan zalim serta sial!. aku tetap aku sanjung mereka (polis) yang menjalankan tugas secara amanah dan berhemah.

jika pegawai imigresen telah ditangkap dan disumbatkan ke penjara yang menggunakan ISA. aku rasa lebih ramai polis harus digunakan tindakan sedemikian.

lembu dan polis. emm. antara perkara dalam 2010 yang banyak aku fikir-fikirkan...c.

caritenang- entahlah mereka ni.

2011

salam tahun baru.. agak lama xmenulis di dalam blog ni.
semalam, tahun 2010 baru saja meninggalkan semua. dgn pelbagai kesan suka dan duka, tawa dan riang.

tahun 2010 banyak memberikan aku kenangan yang pelbagai, antaranya pada tahun ini aku berjaya menamatkan pengajian di peringkat degree dan kini aku masih tidak berminat utk bekerja. aku selesa berada di kampung. dengan mengejar sesuatu, yang aku harapkan dapat memenuhi keperluan aku kini dan akan datang secara optimum. di dunia dan akhirat. jika Allah SWT izinkan. aminnn.

semoga tahun baru akan memberikan sinar harapan dan kegemilangan yang akan menjadikan kita insan yang lebih berguna dan berharga kepada diri kita sendiri serta insan sekeliling. juga kita akan menjadi `lebih` di sisi Allah SWT dan agamanya serta pesuruh-Nya Nabi Muhammad SAW.

aminn

Monday, August 16, 2010

penantian suatu penyeksaan

penantian sememangnya suatu penyeksaan. penyeksaan kerana menanti sesuatu yang pasti belum lagi pasti. dan penantian juga sememangnya melibatkan kos masa yang amat berharga dalam kehidupan seseorang.

masa pula diibaratkan sebagai mata pedang yang amat tajam. andai kita tidak menggunakannya untuk memotong, pastinya ia akan memotong kepala kita pula. kekadang, penantian membuatkan kita stuck dalam melakukan kerja-kerja yang lain. ia melibatkan pilihan dan kos lepas. sama asasnya dalam ekonomi. terpaksa menanti dan mungkin tidak berbuat apa-apa sewaktu menanti sesuatu yang dinantikan itu.

kita terpaksa menanti kekadang kerana kita bukanlah golongan decision maker, andai kita decision maker kadang-kadang pun kita terpaksa menanti sebelum membuat keputusan yang amat diperlukan oleh golongan yang menanti dan terseksa ini. hidup kadang-kadang rumit. namun itulah hidup. memerlukan keputusan dari orang lain ataupun green light dari yang Maha Esa.

seenaknya, kita perlu berfikir cara apa yang akan membuatkan waktu sewaktu menanti ini menjadi indah dan bermakna. berbuatlah apa-apa yang dirasakan `berbaloi-baloi`. kita yang tentukan, sama ada membuatkan ia sememangnya penyeksaan ataupun keindahan. anda yang menentukan hidup dengan cara berusaha dan bukan hanya menanti dengan sabar.

salam menanti :)

anuar ms al haj