Friday, December 31, 2010

2011

salam tahun baru.. agak lama xmenulis di dalam blog ni.
semalam, tahun 2010 baru saja meninggalkan semua. dgn pelbagai kesan suka dan duka, tawa dan riang.

tahun 2010 banyak memberikan aku kenangan yang pelbagai, antaranya pada tahun ini aku berjaya menamatkan pengajian di peringkat degree dan kini aku masih tidak berminat utk bekerja. aku selesa berada di kampung. dengan mengejar sesuatu, yang aku harapkan dapat memenuhi keperluan aku kini dan akan datang secara optimum. di dunia dan akhirat. jika Allah SWT izinkan. aminnn.

semoga tahun baru akan memberikan sinar harapan dan kegemilangan yang akan menjadikan kita insan yang lebih berguna dan berharga kepada diri kita sendiri serta insan sekeliling. juga kita akan menjadi `lebih` di sisi Allah SWT dan agamanya serta pesuruh-Nya Nabi Muhammad SAW.

aminn

Monday, August 16, 2010

penantian suatu penyeksaan

penantian sememangnya suatu penyeksaan. penyeksaan kerana menanti sesuatu yang pasti belum lagi pasti. dan penantian juga sememangnya melibatkan kos masa yang amat berharga dalam kehidupan seseorang.

masa pula diibaratkan sebagai mata pedang yang amat tajam. andai kita tidak menggunakannya untuk memotong, pastinya ia akan memotong kepala kita pula. kekadang, penantian membuatkan kita stuck dalam melakukan kerja-kerja yang lain. ia melibatkan pilihan dan kos lepas. sama asasnya dalam ekonomi. terpaksa menanti dan mungkin tidak berbuat apa-apa sewaktu menanti sesuatu yang dinantikan itu.

kita terpaksa menanti kekadang kerana kita bukanlah golongan decision maker, andai kita decision maker kadang-kadang pun kita terpaksa menanti sebelum membuat keputusan yang amat diperlukan oleh golongan yang menanti dan terseksa ini. hidup kadang-kadang rumit. namun itulah hidup. memerlukan keputusan dari orang lain ataupun green light dari yang Maha Esa.

seenaknya, kita perlu berfikir cara apa yang akan membuatkan waktu sewaktu menanti ini menjadi indah dan bermakna. berbuatlah apa-apa yang dirasakan `berbaloi-baloi`. kita yang tentukan, sama ada membuatkan ia sememangnya penyeksaan ataupun keindahan. anda yang menentukan hidup dengan cara berusaha dan bukan hanya menanti dengan sabar.

salam menanti :)

anuar ms al haj

Monday, July 26, 2010

trend baru nak kawen

perkahwinan sering diimpikan agar dijalankan secara meriah. dgn alasan `kahwin hanya sekali`. ya, alasan yg baik.

namun bagitu, kemeriahan yg dirasai orang yg hadir blm tentu dirasakan oleh pasangan pengantin atau keluarga pengantin.

dengan banyak berita dari keluarga rakan yang bercerita mereka meminjam wang dari bank utk berkwen sgt mgejutkan. mgkn anda juga. tapi mgkn anda juga merasakan ia adalah perkara normal!

normal atau tidak, bagi aku ia bukan perkara yg bagus. sbb bagi aku, meminjam adalah antaranya kita kurang mampu utk membiayai sesuatu. ya, aku rasa ia benar. mungkin sbb baru menerima surat cinta dari PTPTN yg memberitahu bahawa aku perlu membayar balik pinjaman, dan proses bayaran ini membuatkan aku hidup dlm hutang semasa 10 tahun! sangat lama. adakah aku mampu membayarnya? mampu tak mampu aku perlu bayar, itu adat. Pndai pinjam, pandai bayar la. ok? haha

ok itu adalah utk pnjaman 23k termasuk caj perkhidmatan. cuba bayangkan jika anda meminjam wang (lagi) utk berkahwin (pula). katakan 20k (mgkn lbh). anda akan lama utk idup dalam hutang. atau klu sekejap anda akan perlu membayar kepada badan2 pemberi hutang dgn kadar bayaran lebih tinggi pada setiap bulan. dgn kos idup yg sangat tinggi, mampukah anda menghadapi semua ini? kehidupan selepas bernikah dan kenduri juga harus difikir2kan dan diambil berat! itu belum lagi fikir dah kahwin kena beli kereta, rumah dll. bayangkan jumlah yg perlu anda bayar setiap bulan jika anda terpaksa membuat loan utk semua ini. ops bukan anda, tetapi KITA. kau, dia dan aku.

semasa la kita bayangkan dan fikir.

~teringat kata2 abah, pasal hutang~

Monday, July 12, 2010

pesanan kepada bakal isteri yang ada rakan

dalam hidup memang kita akan bergantung kepada alam sekeliling kita. kita memerlukan tumbuhan untuk bernafas. ibu bapa utk keperluan dari percantuman air mani dan ovum hinggalah ke keperluan kita sehingga hari ini. dan semestinya rakan-rakan yang menjadi pewarna dalam kehidupan kita selain alam tumbuhan dan ibu bapa. rakan-rakan juga adalah insan yang rapat dengan kita. yang menjadi sumber gelak ketawa dan bergaduh. dalam waktu senggang ataupun sibuk.

namun apabila sudah menempuhi alam perkahwinan, janganlah kau lupa akan rakan-rakanmu. jangan kau lupa menjemput mereka menghadiri perkahwinan kita kelak. jangan kau lupa mereka semasa kita bergembira berdua, bertiga dan ber ber lagi. aku tak mahu kau menjadikan aku sebagai motif utama dalam engkau melupakan mereka dan `melupakan` mereka. rajin-rajinlah bersms, berchating, berjumpa dan sebagainya. kerna aku tahu, aku bukan sumber utama dan tunggal untuk kau menjadi bahagia. bukan kerna aku tak mampu bahagiakan kau. tetapi aku tahu akan keberkatan dalam memastikan ukhwah persahabatan yang telah kau bina bersama rakan-rakanmu yang mungkin sebelum kau mengenali aku lagi berpanjangan hinggalah kau mati. aku tak mahu rakan-rakanmu berasa hati akan sebab perkahwinan kau kelak bersama aku. aku tak mahu mereka berasa hati seperti apa yang aku rasakan kini.

aku tetap akan membenarkan kau berhubung dengan mereka dengan menggunakan apa cara medium komunikasi sekalipun, selagi kau masih tahu batasnya. dan sedarlah kau yang aku tetap akan membenarkan kau untuk berhubung dengan rakan-rakanmu tidak kira lelaki mahupun perempuan.