Tuesday, November 17, 2009

mood sdey

rasa sedih dan marah dengan keadaan Malaysia pada beberapa perkara. pada beberapa hari yang lepas, Malaysia dikejutkan dengan berita pegawai Jakim membuat pemeriksaan mengejutdi sebuah kedai mamak dengan antaranya menyuruh salah seorang staf kedai ini mengucap (yakni asas kepada islam) dan yang amat mengejutkan, dia gagal untuk mengucap! hal ini telah bermain dlm kepala otak aku sekarang... rasa sedih dan marah, makanan adalah sesuatu yang amat penting dalam diri seseorang islam...islam mengajar bahawa dari sumber makanan, ia boleh mempengaruhi jati (dan diri) seseorang itu...

okeylah, islam atau bukan itu bukan persoalan, tp yang menjadi kekurangan ajar adalah mereka menggunakan ayat suci Al Quran untuk memperbodoh2 orang islam, melayu...

kedai mamak yang menjadi nadi 1Malaysia (ramai dari pelbagai kaum makan di sini) sudah menjadi fenomena dalam perjalanan hidup seseorang remaja (juga dewasa) jika ingin berjumpa rakan-rakan mereka. mereka (pengusaha) sangat berani menggunakan ayat-ayat ini untuk menipu orang islam. dan dengan memakan makanan yang bukan islam yang buat, apa statusnya?fikir-fikirkan dan bertanyalah sendiri...

namun begitu, aku agak pelik...adakah makan di kedai mamak ini adalah satu trend glemer masa kini (sama glemer makan di hotel) atau mereka dah kena `guna-guna stokin anun coti canai mamak` ataupun apa...aku sangat pelik, sebab dalam sepanjang remaja ini, teramat jarang aku dengar mereka kawan-kawan aku akan menolak makan di kedai mamak dan mereka adalah pelopor dalam mengajak kami-kami untuk makan di mamak...

tapi difikir-fikirkan, rasanya muka India Islam dan bukan islam adalah lain (dipercayai berkat air wuduk itu), tetapi kita masih masuk ke kedai mamak itu (kita sbb termasuk aku)..sebab apa ya?

Ya aku pernah masuk ke kedai mamak, walaupun ia agak jarang (antara sebabnya-ia menjadi pilihn majoriti rakan2ku yang ingin melepak) dan kini aku seharusnya berani dalam say no to kedai mamak...ini adalah kerana kekurang ajaran mereka dalam menipu orang melayu dengan menggunakan ayat suci al quran demi memungut keuntungan yang berlipatkali ganda...

aku sedang berboikot kedai mamak, anda pula?fikir-fikirlah...

Tuesday, November 10, 2009

beratur

salam sejahtera, saya Mohd Anuar melaporkan dari PKNS, Shah Alam hahah al kisah bermula (taiyobbb) huhuh aduh, tnsen la. melihat telatah masyarakat Malaysia. Perangai ini mungkin dianggap adat. Adat yang perlu dikekalkan hingga ke kiamat! Adat yang mana mendakwa tindakan beratur untuk menaiki bas adalah tidak perlu...pat pat liku lipat, siapa cepat dia dapat...

beratur bukanlah satu proses yang sukar, siapa yang sampai lambat haruslah berada di belakang...bukan terus ke kanan atau ke kiri pintu...dengan harapan mereka boleh terus masuk ke dalam bas tanpa perlu beratur...emm macam itu yer?hahah aku tau ni isu lapuk, di mana sukar untuk melihat masyarakat Malaysia (ulang suara-Malaysia) tidak dan sukar untuk beratur...ingin segera naik dan mendapat tempat duduk dan air cond!hahha kesian mereka yang kecil, kanak-kanak dan orang tua-juga mengandung...mereka juga kadang-kadang seakan-akan mengikut rentak orang kebiasaan untuk berebut menaiki bas...

berubahlah Malaysia.

Saturday, November 7, 2009

kata hati...skandal

skandal ataupun berkawan secara rapat?dengan berkongsi cerita, pahit manis mahupun kerap keluar sama ada pergi bersiar2 ataupun makan2...ia skandal ataupun berkawan?

skandal, perkataan baru yang sudah lama bg diri aku...aku kenal perkataan skandal boleh dikatakan pada mula menapak ke UiTM dengan aku dikatakan berskandal dengan one of my classmate....apakah itu skandal?salahkah berskandal itu?

namun secara jujurnya bila aku katakan aku berskandal dengan simpulan dan simpulan, aku ingin sampaikan kepada anda yg aku agak rapat dgn mereka. kami selalu bersms, keluar makan dan calling2 (dia jela kol aku, aku xske kol org...kecuali urusan penting hahah)

sesungguhnya aku ada ramai skandal aka kawan rapat...lagi2 perempuan...dan aku tak dapat bayangkan apa keadaan bila sudah berumah tangga kelak...dan aku pasti skandal aka kawan rapat ini harus dilupuskan dlm hidup...berskandal dengan isteri jela =)

dan sesungguhnya, post ini bukan sebuah propaganda yang mana ingin mempengaruhi anda untuk membenarkan aku untuk berskandal ataupun ayat yang akan mempengaruhi anda untuk berskandal dengan erti kata sebenarnya makna skandal itu...aku xsuka menggunakan media sebagai alat propaganda kecuali untuk kebaikan ramai.