Thursday, July 30, 2009

hassan muthalib...

bila bercakap tentang hassan muthalib...timbul rasa kegerunan dlm diri aku...dia tak lari macam org tua biasa -namun tua bkn sebarang tua-sudahlah banyak pengalaman-byk ilmu filem pula...walaupun tiada pendidikan khusus dlm filem

seorang yg amat aku takut (hormat yg teramat hormat sbnarnya) bila nak dekati dan bersembang...

pada rabu lepas (28/7) - pagi tu aku lapa sgt, setelah berjam2 menghadap PC...pukul 10 cm2 sbb terlampau lapa aku mengambil keputusan nak turun ke cafe-beli makanan la sikitkan, dari jauh nak ke cafe aku ternampak en hassan ni dok mkn-seorang diri. alamak!kateku dlm ati...klu da jmpe mesti kena sembang dl nih, lgpn memang aku kena berjmpa dgn dia-sbb ada pakar semiotik yg aku kenal dari indonesia (sumbo tinarbuko) mempelawa dirinya utk bg talk ttg semiotik kat TEKA nih, aku mesti mengambil pendapat dia terlebih dahulu...tp mslhnya, aku akan malu seorang diri bila bersembang dgn dia. aku akan rasa hinanyalah aku bila bersembang dgn dia-seorang yg tiada walaupun dgree dlm filem-tp bila berckp sama level dgn seorang seorang ahli filem dan akademik- mcm dr anuar nor arai.

so nak xnak kne la aku lalu depan die. dan dari jauh dia dah ternmpak lalu menegur aku...`oit, hang tak balik ka?...aku hanya mampu berikan senyuman, dan bila sampai dekat dengan meja die duduk baru aku berikan jawapan-`tak en hassan, bnyak kerjalah`...lalu aku pun duduklah kan, dgn tujuan utk beritahu akan perkara sumbo tinarbuko itu...

namun, bukan hal sumbo shja...maka banyaklah perkara kami bualkan-termasuklah hal semiotik (kerna aku mengambil tesis dlm semiotik jua) dan lain2 hal-byk hal filem & industri...antaranya mengenai kekecawaan en hassan mgenai filem malaysia...

(dan dia teramat suka bersembang dgn student smbil minum di luar kelas-kerna ia juga akan melibatkan proses ilmu scara informal-dan ia terbukti lebih selesa berbnding proses ilmu dlm kuliah)

dan oleh yg demikian, aku mesti gagah utk membanyakkan ilmu aku demi berhadapan dgn org2 seperti en hassan ini-seorang yg amat aku hormati...ia hikmahnya, ilmu ini berguna utk aku walaupun dia dlm keadaan yg terpaksa-dan akan aku tukarkan keadaan terpaksa ini dgn perlu dan segera...

Sunday, July 19, 2009

idea.seni.aku

idea dan harapan tidak jalan beriringan dlm idup aku.(mgkn lebih tepat `tidak jalan beriringan LAGI dlm idup aku`)

idea utk menghasilkan sebuah naskah cerita yg bukan seperti biasa (klise) menjdi harapan dri dulu ke kini...

aku terus mencoba.coba&coba...

taraf pendidikan bukan penentu tapi pembantu penghasilan hasil seni yang diimpikan.

aku pencoba.seni utk kepuasan.peningkatan pemikiran audien.

anuar PencariKetenangan.

.karya.seni.

sebagai anak seni, pastinya banyak perkara bermain dalam fikiran kita bukan...
antaranya tujuan hasil seni itu dihasilkan.untuk apakah ia dihasilkan.seni utk seni atau seni utk kemewahan.

haruskah seni itu dihasilkan utk tujuan material?kerna sekarang zaman material bukan...menghasilkan seni juga memerlukan sedikit keluaran wang...namun begitu haruskah seni itu berlandaskan wang semata?

Wednesday, June 24, 2009

talent


Magic Dream Media Sdn Bhd sedang mencari talent KANAK-KANAK untuk projek iklan terbaru kami...berminat?hubungi sy di FB...muka kanak-kanak tersebut mesti lebih kurang atau sama dengan muka seperti di atas ini...tq

Wednesday, June 17, 2009

1Malaysia

ideologi 1Malaysia adalah dibawakan oleh perdana menteri Malaysia yang keenam...pendekatan ini dipilih bersesuaian dengan jati dirinya sebagai seorang pemimpin dan menjadi batch mark pemerintahannya. Mengutamakan perpaduan rakyat Malaysia yang pelbagai lapisan usia dan bangsa yang telah menduduki Malaysia sejak berkurun lama. Cina, Melayu dan India adalah kelompok yang besar yang mengisi sekurang-kurangnya 90% keseluruhan rakyat Malaysia kini membuatkan cabaran kepada Dato Sri Najib Tun Razak bagi memastikan keamanan, dan oleh itu ideologi 1Malaysia dipilih. Disamping perihal perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, Dato Sri Najib juga memilih untuk memberikan perhatiannya dan kepimpinannya terhadap golongan miskin atau bawahan yang masih wujud di Malaysia kini. Di tahun 2009 ini, PM membayangkan bahawa golongan miskin ini tidak wajar wujud kerana Malaysia kini menuju ke arah negara maju di samping negara-negara lain seperti Singapura, England dan Jerman (sekadar menyebut beberapa nama). Oleh yang demikian, penekann yang besar diberikan oleh PM kepada golongan miskin.

Pendekatan 1Malaysia adalah satu pendekatan yang murni dalam membawa Malaysia ke arah yang dipandang tinggi oleh negara lain. Dan sebagai rakyat (bukan student ipta), aku mengharapkan agar ideologi ini akan disokong oleh rakyat dan pemimpin pemerintah sendiri. Aku tidak mahulah mendengar bahawa masih wujud golongan tertentu yang mengaut keuntungan atas kepentingan dan jawatan yang mereka punyai di dalam kerajaan mahupun parti pemerintah...bukan aku kisah sangat kerana mereka kaya, namun berikanlah jua kekayaan itu kepada rakyat jelata yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan mahupun parti ini. kerna kami jua perlukan sedikit kemewahan ataupun sekurang-kurangnya kesenangan sedikit. Ini adalah kerana islam sendiri tidak menghalang umatnya mengecapi kesenangan dalam hidup mereka bukan.

Dan kepada mereka yang berjawatan dan berkepentingan itu, ingatlah golongan bawahan yang berada di mana-mana pelusuk negara ini, tidak kiralah ada di Kelantan, Kedah dan Selangor mahupun nun jauh di Sabah sana.

Jika anda ada jawatan dan kuasa, anda janganlah mengambil teori `5 atau 10 atau berapa pun persen atas kepentingan atau projek kerajaan. Mungkin ini adalah cabang dalam rasuah, ini adalah kerana (bg pendapat aku) pihak swasta sudah menetapkan kadar keuntungan yang ingin mereka kecapi dalam perniagaan. dan jika sudah hilang 5, 10 atau lebih persen dari keuntungan ini maka rakyat juga yang akan mendapat kesannya. Mulanya mereka mengurangkan kadar simen dalam pembinaan, dan terjadilah bangunan runtuh dan sebagainya. Aku rasa jika anda berada di atas dengan jawatan yang memerlukan anda tidak perlu memandu jika ingin ke mana-mana, rumah disediakan jua makanan. Maka ia sudah mencukupi bukan. Anda masih tidak perlu membeli makanan, membayar duit rumah (tidak seperti golongan bawahan dan miskin di Malaysia) so, harap aku sebagai rakyat, tidak perlulah anda mengambil komisyen dan sebagainya. Biarlah integrasi di Malaysia mencapai ke tahap yang boleh dibanggakan.

Sokonganlah 1Malaysia, hayati dan buatlah seperti mana 1Malaysia adalah. OK?

dunia.rempah.rencah.anuar

idup seperti sebuah rempah dlm masakan... memerlukan suka dan duka, tawa dan riang, senyum, tawa, duka dan kesengsaraan...walaupun begitu idup mesti diteruskan, walaupun penuh dengan kesengsaraan dan duka, sedih dan kekalahan...kerna idup itu djanjikan kedukaan dan permasalahan pada adangkalanya, dan permasalahan itu untuk diselesaikan bukan untuk dielakkan...

Sunday, April 19, 2009

janji ALLAH SWT

sejuk badannya...semacam memegang daging yang dikuarkan dari freezer...
badannya keras, keras semacam...cam kayu pun ada..
badannya luka sana dan sini...cian aku tengok...
aku cuba masuk ke dalam dirinya..apa la yang dia tengah fikirkan pada waktu inikan???
ermmm sayu hati...aku xmampu nak mbantu macam mana..
yang aku mampu hanya mandikan, kapankan dan kebumikan..
walaupun ari khamis adalah ari yang aku xpatut kuar dari bilikku di kolej...kerna aku ada 2 asgment yang kne dihantar pada hantar ari jumaat...iaitu subjek SCREEN CRITICISM n SCREEN ANIMATION...tp kerna sepupu aku meninggal maka aku kna kuar gak...xpatut rasanya aku xpergi walaupun aku boleh bagikan seribu alasan...tp aku fikir ati aku akan xtenang kerna aku selfish..so aku blek la ke kampong...awal2 pg lg...naik motor...

sesampainya ke kg, aku tengok xramai org lg...sbb jenazah ada di hospital lg...
kecederaan yang dialami dan kes langgar mati membuatkan jenazah sepupu aku terpaksa ditahan...aku lepak jela umah mak cik aku nih...xlama pas2 sepupu aku yakni kakak kepada jenazah minta aku ke hospital, anta kain n bantal...so nak xnak aku pergi la...dan akibat inilah aku terpaksa mengalami pgalaman yang paling mengujakan n memberi seribu pgajaran n keinsafan...iaitu aku perlu mandikan jenazah,kapankan n kebumikan..kebumikan mgkn aku agak da biasa,namun mandikan n kapankan itulah yang wat aku tertelan air liur...dah la mandikan jenazah, pastu jenazah sepupu aku ni teruk keadaan badannya...teruk kerna dilanggar kereta yang berkelajuan tinggi (mgkn 100KM/H n mgkn lg laju) tanpa brek...korng bayangkan la sndiri momentum yang sepupu aku alami...keadaan jenazahnya sngat memedihkan mata yg melihat dan aku sebagai sepupu...kaki kanannya patah, kepala pecah, luka satu badan...

hampir jam 1 jga baru jenazah boleh dibawa kuar...aku sering melihat jam..aku fikir klu jenazah ni lambat kuar maka dgn itu lambat jualah aku akan blek ke kolej n wat asgment...pas kebumi saja aku terus pulang ke kolej...atiku agak tenang, n asgment2 yang aku da aku sempat wat dgn sempurna...alhamdllah