Monday, August 31, 2009

Minyak naik lagi















isu kenaikan harga minyak bermula pada hari ini (1hb Sept 2009) sesuatu yg amat mengejutkan jiwa aku...kenaikan sebanyak 5sen utk minyak RON95 kepada RM1.80 dan RON 97 naik 25sen kepada RM2.05 sesuatu yg pasti memeningkan kepala sesiapa saja, termasuklah pembawa beca, basikal (namun pada kadar yg sedikit berbanding mereka yg menggunakan minyak sebagai asas dlm pergerakan kenderaan)

ia digunakan sebagai parti pembangkang sebarang sesuatu utk menghentam kerajaan, menganggap ia adalah hadiah dari kerajaan sempena merdeka...adakah ia adalah benar-benar hadiah ataupun keadaan yang benar2 tepat dalam memastikan kerajaan tidak menanggung jumlah yang besar dalam bebanan subsidi ke atas minyak...anda fikir2kanlah...

kenaikan harga minyak di pasaran Malaysia pasti memberikan kesan kepada semua (semua, ulang suara) kenaikan harga minyak pasti diikuti kenaikan harga barangan komoditi yg lain...aku pasti...korang jua pasti sama bukan?

aku hanya mampu harapkan agar rakyat Malaysia akan gembira dengan kedatangan ramadhan dan aidilfitri kelak, ditambah dengan kenaikan harga barang yang diasaskan dengan kenaikan harga minyak RON95 dan RON97 ini...ya ini adalah ayat perli aku-rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...banyak yang kita akan capai dengan kenaikan harga minyak ini....

jikalaulah boleh, aku harapkan agar kadar keuntungan petronas (lebih kepada kadar komisen, saham dll oleh pemegangnya-dikurangkan) berbanding membiarkan rakyat bersama2 menanggung kenaikan harga mnyak...sb bukan kenaikan harga minyak sahaja akan ditanggung, malah semuanya...dan bila semuanya naik, instuti keluarga pasti akan menerima kesan...ntah la, anuar hanya mampu berkata entah-kerana ilmu dunia amat luas-aku xmampu nak berkata lebih luas kerana maklumat yg ada-sempit

1 comment:

yanie said...

1sept merupakan tarikh bermulanya kenaikan harga tambang bas rapid..ditambah dgn kenaikan harga minyak...dan kenaikan2 yg akan dtg...ape yg turun?