Tuesday, October 13, 2009

maaf

maaf andai aku melukakan kalian
aku hanya insan kerdil yg banyak cacat celanya
yg kurang dari segi untuk memikirkan yang terbaik...dan bertindak
maafkan aku...

yang ikhlas

aku anuar sharif

Monday, September 28, 2009

one for all and four in one..a

seronok rasanya dapat membaca buku yang diberikan rakan sebelum raya hari tu...buku yang bertajuk `Nota Hari Seorang Lelaki` oleh Pahrol Mohd. Juoi memang menyentuh akal fikiran dan membentak diri untuk berubah...kata2 seorang penulis yang sudah dewasa dan kaya pengalaman sangat releven untuk dibaca oleh semua orang, khususnya lelaki dan wanita yang ingin faham akan lelaki...

antara kata2 yang banyak menarik perhatian aku adalah one for all dan four in one...perumpaan ini adalah lebih menjerumus kepada pasangan yang ingin menjalani kehidupan alam berumah tangga...one for all adalah untuk lelaki, kata2 ini yang saya fahami adalah mengajak lelaki agar mencari dan menyediakan diri untuk berumah tangga...menjadi SEORANG lelaki yang SEGALAnya bagi seorang wanita (isteri)~yelah, wanita kan hanya berkahwin dengan seorang lelaki sahaja, melainkan berlaku penceraian dan perkahwinan semula~ namun begitu, penulis banyak membuatkan aku berfikir, bagaimana proses menjadi one for all?oleh yang demikian, aku dapati, proses itu bermula sejak awal lagi...dari sebelum kita dibuat lagi (oleh ibu dan bapa) hinggalah kita berada di alam perkahwinan...SEORANG lelaki yang SEGALAnya bagi wanita adalah bermaksud kita menjadi yang terbaik bagi isteri (dan mgkn isteri2) kita...terbaik dari segi akhlaknya, agama, kerjaya, perlakuan dan sebagainya...sesungguhnya dalam usaha menjadi SEORANG lelaki yang SEGALAnya bagi wanita memerlukan persediaan dan usaha yang berlipat kali ganda oleh kaum lelaki (khususnya diri aku yang secara jujurnya ingin berkahwin ini).

manakala four in one adalah sama makna dalam fahaman aku semasa membaca buku ini dengan pengertian istilah one for all. aku yakin, ramai lelaki di luar sana mengimpikan isteri yang satu. tapi aku tidak pasti kriteria pemilihan isteri bagi mereka, adalah sebab kecantikan, kemewahan, kerjaya atau sebagainya...dan aku rasa rugilah mereka jika mencari tanpa memikirkan istilah for in one ini...

Monday, August 31, 2009

Minyak naik lagi















isu kenaikan harga minyak bermula pada hari ini (1hb Sept 2009) sesuatu yg amat mengejutkan jiwa aku...kenaikan sebanyak 5sen utk minyak RON95 kepada RM1.80 dan RON 97 naik 25sen kepada RM2.05 sesuatu yg pasti memeningkan kepala sesiapa saja, termasuklah pembawa beca, basikal (namun pada kadar yg sedikit berbanding mereka yg menggunakan minyak sebagai asas dlm pergerakan kenderaan)

ia digunakan sebagai parti pembangkang sebarang sesuatu utk menghentam kerajaan, menganggap ia adalah hadiah dari kerajaan sempena merdeka...adakah ia adalah benar-benar hadiah ataupun keadaan yang benar2 tepat dalam memastikan kerajaan tidak menanggung jumlah yang besar dalam bebanan subsidi ke atas minyak...anda fikir2kanlah...

kenaikan harga minyak di pasaran Malaysia pasti memberikan kesan kepada semua (semua, ulang suara) kenaikan harga minyak pasti diikuti kenaikan harga barangan komoditi yg lain...aku pasti...korang jua pasti sama bukan?

aku hanya mampu harapkan agar rakyat Malaysia akan gembira dengan kedatangan ramadhan dan aidilfitri kelak, ditambah dengan kenaikan harga barang yang diasaskan dengan kenaikan harga minyak RON95 dan RON97 ini...ya ini adalah ayat perli aku-rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...banyak yang kita akan capai dengan kenaikan harga minyak ini....

jikalaulah boleh, aku harapkan agar kadar keuntungan petronas (lebih kepada kadar komisen, saham dll oleh pemegangnya-dikurangkan) berbanding membiarkan rakyat bersama2 menanggung kenaikan harga mnyak...sb bukan kenaikan harga minyak sahaja akan ditanggung, malah semuanya...dan bila semuanya naik, instuti keluarga pasti akan menerima kesan...ntah la, anuar hanya mampu berkata entah-kerana ilmu dunia amat luas-aku xmampu nak berkata lebih luas kerana maklumat yg ada-sempit

Monday, August 24, 2009

selamat ari raya...

assalamualaikum dan salam sejahtera...

kekusutan telah melanda aku bila aku berbuka di rumah mak aku sabtu lepas, iaitu ari pertama berpuasa. kekusutan yang dimaksudkan adalah sudah ada iklan raya...halamak! come on bro, ini menunjukkan orang Malaysia sangat ternanti2kan ari raya berbanding bulan ramadhan itu sendiri...sebelum ramadhan xde lak org nak wat iklan ramadhan...ari raya diberikan kepada umat manusia kerana berjaya melalui ramadhan dengan jayanya, itu fungsi ramadhan...tp skang, mcm ari raya boleh bergerak sendrinya tnpa ramadhan..

aku rasa kesal la, xtau nape...

Thursday, July 30, 2009

hassan muthalib...

bila bercakap tentang hassan muthalib...timbul rasa kegerunan dlm diri aku...dia tak lari macam org tua biasa -namun tua bkn sebarang tua-sudahlah banyak pengalaman-byk ilmu filem pula...walaupun tiada pendidikan khusus dlm filem

seorang yg amat aku takut (hormat yg teramat hormat sbnarnya) bila nak dekati dan bersembang...

pada rabu lepas (28/7) - pagi tu aku lapa sgt, setelah berjam2 menghadap PC...pukul 10 cm2 sbb terlampau lapa aku mengambil keputusan nak turun ke cafe-beli makanan la sikitkan, dari jauh nak ke cafe aku ternampak en hassan ni dok mkn-seorang diri. alamak!kateku dlm ati...klu da jmpe mesti kena sembang dl nih, lgpn memang aku kena berjmpa dgn dia-sbb ada pakar semiotik yg aku kenal dari indonesia (sumbo tinarbuko) mempelawa dirinya utk bg talk ttg semiotik kat TEKA nih, aku mesti mengambil pendapat dia terlebih dahulu...tp mslhnya, aku akan malu seorang diri bila bersembang dgn dia. aku akan rasa hinanyalah aku bila bersembang dgn dia-seorang yg tiada walaupun dgree dlm filem-tp bila berckp sama level dgn seorang seorang ahli filem dan akademik- mcm dr anuar nor arai.

so nak xnak kne la aku lalu depan die. dan dari jauh dia dah ternmpak lalu menegur aku...`oit, hang tak balik ka?...aku hanya mampu berikan senyuman, dan bila sampai dekat dengan meja die duduk baru aku berikan jawapan-`tak en hassan, bnyak kerjalah`...lalu aku pun duduklah kan, dgn tujuan utk beritahu akan perkara sumbo tinarbuko itu...

namun, bukan hal sumbo shja...maka banyaklah perkara kami bualkan-termasuklah hal semiotik (kerna aku mengambil tesis dlm semiotik jua) dan lain2 hal-byk hal filem & industri...antaranya mengenai kekecawaan en hassan mgenai filem malaysia...

(dan dia teramat suka bersembang dgn student smbil minum di luar kelas-kerna ia juga akan melibatkan proses ilmu scara informal-dan ia terbukti lebih selesa berbnding proses ilmu dlm kuliah)

dan oleh yg demikian, aku mesti gagah utk membanyakkan ilmu aku demi berhadapan dgn org2 seperti en hassan ini-seorang yg amat aku hormati...ia hikmahnya, ilmu ini berguna utk aku walaupun dia dlm keadaan yg terpaksa-dan akan aku tukarkan keadaan terpaksa ini dgn perlu dan segera...

Sunday, July 19, 2009

idea.seni.aku

idea dan harapan tidak jalan beriringan dlm idup aku.(mgkn lebih tepat `tidak jalan beriringan LAGI dlm idup aku`)

idea utk menghasilkan sebuah naskah cerita yg bukan seperti biasa (klise) menjdi harapan dri dulu ke kini...

aku terus mencoba.coba&coba...

taraf pendidikan bukan penentu tapi pembantu penghasilan hasil seni yang diimpikan.

aku pencoba.seni utk kepuasan.peningkatan pemikiran audien.

anuar PencariKetenangan.

.karya.seni.

sebagai anak seni, pastinya banyak perkara bermain dalam fikiran kita bukan...
antaranya tujuan hasil seni itu dihasilkan.untuk apakah ia dihasilkan.seni utk seni atau seni utk kemewahan.

haruskah seni itu dihasilkan utk tujuan material?kerna sekarang zaman material bukan...menghasilkan seni juga memerlukan sedikit keluaran wang...namun begitu haruskah seni itu berlandaskan wang semata?