Tuesday, November 17, 2009

mood sdey

rasa sedih dan marah dengan keadaan Malaysia pada beberapa perkara. pada beberapa hari yang lepas, Malaysia dikejutkan dengan berita pegawai Jakim membuat pemeriksaan mengejutdi sebuah kedai mamak dengan antaranya menyuruh salah seorang staf kedai ini mengucap (yakni asas kepada islam) dan yang amat mengejutkan, dia gagal untuk mengucap! hal ini telah bermain dlm kepala otak aku sekarang... rasa sedih dan marah, makanan adalah sesuatu yang amat penting dalam diri seseorang islam...islam mengajar bahawa dari sumber makanan, ia boleh mempengaruhi jati (dan diri) seseorang itu...

okeylah, islam atau bukan itu bukan persoalan, tp yang menjadi kekurangan ajar adalah mereka menggunakan ayat suci Al Quran untuk memperbodoh2 orang islam, melayu...

kedai mamak yang menjadi nadi 1Malaysia (ramai dari pelbagai kaum makan di sini) sudah menjadi fenomena dalam perjalanan hidup seseorang remaja (juga dewasa) jika ingin berjumpa rakan-rakan mereka. mereka (pengusaha) sangat berani menggunakan ayat-ayat ini untuk menipu orang islam. dan dengan memakan makanan yang bukan islam yang buat, apa statusnya?fikir-fikirkan dan bertanyalah sendiri...

namun begitu, aku agak pelik...adakah makan di kedai mamak ini adalah satu trend glemer masa kini (sama glemer makan di hotel) atau mereka dah kena `guna-guna stokin anun coti canai mamak` ataupun apa...aku sangat pelik, sebab dalam sepanjang remaja ini, teramat jarang aku dengar mereka kawan-kawan aku akan menolak makan di kedai mamak dan mereka adalah pelopor dalam mengajak kami-kami untuk makan di mamak...

tapi difikir-fikirkan, rasanya muka India Islam dan bukan islam adalah lain (dipercayai berkat air wuduk itu), tetapi kita masih masuk ke kedai mamak itu (kita sbb termasuk aku)..sebab apa ya?

Ya aku pernah masuk ke kedai mamak, walaupun ia agak jarang (antara sebabnya-ia menjadi pilihn majoriti rakan2ku yang ingin melepak) dan kini aku seharusnya berani dalam say no to kedai mamak...ini adalah kerana kekurang ajaran mereka dalam menipu orang melayu dengan menggunakan ayat suci al quran demi memungut keuntungan yang berlipatkali ganda...

aku sedang berboikot kedai mamak, anda pula?fikir-fikirlah...

1 comment:

RadieY said...

Allah S.W.T berfirman " Wahai orang-orang yg beriman, penuhi serta sempurnakan perjanjian-perjanjian. (Surah al-maidah, ayat 1)

Allah berfirman lagi "Dan sempurnakan perjanjian (dengan Allah dan manusia) sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Surah al-israk, ayat 34)

Abu said Khudri melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata "Setiap orang yang memungkiri janji akan mendapat bendera dekat tempat duduknya pada hari kiamat nanti. ia diangkat mengikut kadar berapa banyak janjinya dahulu. Bukankah orang yang banyak mungkir janji adalah golongan pemimpin yg ramai" (direkodkan oleh muslim)