Monday, July 12, 2010

pesanan kepada bakal isteri yang ada rakan

dalam hidup memang kita akan bergantung kepada alam sekeliling kita. kita memerlukan tumbuhan untuk bernafas. ibu bapa utk keperluan dari percantuman air mani dan ovum hinggalah ke keperluan kita sehingga hari ini. dan semestinya rakan-rakan yang menjadi pewarna dalam kehidupan kita selain alam tumbuhan dan ibu bapa. rakan-rakan juga adalah insan yang rapat dengan kita. yang menjadi sumber gelak ketawa dan bergaduh. dalam waktu senggang ataupun sibuk.

namun apabila sudah menempuhi alam perkahwinan, janganlah kau lupa akan rakan-rakanmu. jangan kau lupa menjemput mereka menghadiri perkahwinan kita kelak. jangan kau lupa mereka semasa kita bergembira berdua, bertiga dan ber ber lagi. aku tak mahu kau menjadikan aku sebagai motif utama dalam engkau melupakan mereka dan `melupakan` mereka. rajin-rajinlah bersms, berchating, berjumpa dan sebagainya. kerna aku tahu, aku bukan sumber utama dan tunggal untuk kau menjadi bahagia. bukan kerna aku tak mampu bahagiakan kau. tetapi aku tahu akan keberkatan dalam memastikan ukhwah persahabatan yang telah kau bina bersama rakan-rakanmu yang mungkin sebelum kau mengenali aku lagi berpanjangan hinggalah kau mati. aku tak mahu rakan-rakanmu berasa hati akan sebab perkahwinan kau kelak bersama aku. aku tak mahu mereka berasa hati seperti apa yang aku rasakan kini.

aku tetap akan membenarkan kau berhubung dengan mereka dengan menggunakan apa cara medium komunikasi sekalipun, selagi kau masih tahu batasnya. dan sedarlah kau yang aku tetap akan membenarkan kau untuk berhubung dengan rakan-rakanmu tidak kira lelaki mahupun perempuan.

No comments: